KOTA KINABALU – Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) ingin membuat pencerahan berhubung dengan aduan yang disiarkan dalam akhbar tempatan pada 13 Julai 2019 yang mungkin bermotif tidak baik dan boleh menjejaskan nama baik Kerajaan Negeri.
Tuduhan pembalakan haram di kawasan ini sebenarya pernah ditimbulkan beberapa kali dan juga turut diviral di media-media sosial, walaupun penjelasan telah diberikan.
Pada kali ini pula pengadu menimbulkan isu yang sama dan mengaitkanya dengan kawasan cadangan pembangunan empangan Daerah Papar dengan memberikan fakta-fakta yang tidak betul.
Pihak JPS ingin menjelaskan bahawa Jabatan ini tidak boleh menghalang pihak individu atau syarikat yang hendak melaksanakan aktiviti pembangunan tanah mereka yang berstatus tanah bermilik/bergeran untuk tujuan yang mereka kehendaki.
Pihak JPS hanya mengambil tindakan untuk urusan dan pengawalan pengeluaran kayu yang ditebang dari kawasan tersebut tertakluk pemohon memenuhi syarat-syarat dan prosedur yang telah ditetapkan oleh Jabatan ini.
JPS mengesahkan balak-balak yang dikaitkan dalam aduan tersebut sebenarnya merupakan hasil permbersihan kawasan tanah bermilik /bergeran dan telahpun diberi kelulusan permit Borang IB oleh Jabatan ini untuk pengeluaran balak.
Hasil pemeriksaan oleh JPS juga mendapati tiada pembalakan haram berlaku di kawasan Hutan Simpan Kawang kerana jarak kedudukan tempat kejadian yang diadukan adalah jauh dani kawasan Hutan Simpan Kawang (rujuk peta yang disertakan) Jabatan ini berpendapat bahawa aduan tersebut adalah tidak berasas dan tidak benar.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ