Pra-konsert penghormatan kepada Elvis bawa kegembiraan pesakit di kediaman PCAKK

Cary (Elvis) tengah dan penari latarnya bergambar bersama penjaga dan pesakit Kediaman PCAKK.

KOTA KINABALU: Bersempena majllis makan malam tahunan Persatuan Penjagaan Paliatif (PCA), jawatankuasa penganjur telah menganjurkan pra-konsert penghormatan kepada Elvis Presley di kediaman PCAKK.

Cary Anderson yang berbakat dan mengayakan sebagai Elvis Presley telah membuat persembahan yang sangat menghiburkan untuk menghidupkan semula keceriaan dan kegembiraan jutaan peminat, apabila Elvis menaiki pentas pada tahun 1950-an, 1960-an dan awal 1970-an.

Cary (Elvis) tengah – bersama penari latar dan ahli kugirannya

Cary, pemenang World Official Elvis Presley Enterprises Competition, telah membersembahkan beberapa buah lagu Elvis antaranya, Are You Lonesome Tonight, Houn Dog, Love Me Tender, Can’t Help Falling In Love, Jail House Rock, Suspicious Mind dan Don’t Be Cruel, mendapat tepukan gemuruh penghuni kediaman PCAKK malah ada yang menari dan menyanyi bersamanya.

“Matlamat untuk mengadakan pra- konsert di kediaman PCAKK adalah untuk memberikan hiburan kepada pesakit dan diharapkan dapat membawa kegembiraan kepada mereka, kata Presiden PCAKK, Rokiah Yaacob.

Kemudahan penjagaan harian yang kini dijalankan pada setiap hari Khamis di Rumah PCA menyediakan pesakit dengan dengan perkhidmatan urut, perbualan, makanan dan minuman, permainan, kraf dan hiburan, lukisan potret, latihan santai dan kaunseling.

Sementara itu, Pengerusi Penganjur majlis itu, Datuk Margaret  Lim berkata, melalui jualan tiket konsert dan tiket amal, pihaknya berharap dapat mengumpul RM600,000 untuk persatuan itu menampung program rumah amal tersebut.

“Majlis makan malam amal tahunan persatuan itu memerlukan sokongan dermawan dalam mencari dana dari penderma amal untuk memastikan kelancaran perkhidmatan mereka kepada masyarakat,” katanya.

Jabatan Perubatan Negeri juga membantu mereka dengan program penjagaan paliatif yang dominan dimana program mereka menjangkaui dan berada di luar bandar tanpa sebarang kos.

“Liputan PCAKK ialah 45 km radius di Hospital Queen Elizabeth (QEH),” katanya.

Sejak tahun 1998, PCAKK telah menjaga lebih daripada 3,500 pesakit dan keluarga mereka.

Cary (Elvis) membuat presembahan pra-konsert penghormatan Elvis Presley sambil bersalaman dengan para pesakit Kediaman PCAKK.

Program penjagaan kediaman itu  kini diketuai oleh seorang pegawai perubatan sepenuh masa, dengan lima jururawat sepenuh masa, seorang pemandu dan setiausaha pentadbiran.

Rokiah berkata, persatuan itu berharap lebih ramai masyarakat akan memahami usaha mereka untuk membantu meringankan keperitan dan penderitaan pesakit kanser yang ramai dan pesakit yang mengidap penyakit yang sukar disembuhkan.

PCAKK diasaskan pada awal tahun 90an oleh  Datuk Dr Ranjit Omen Mathew dimana sejak itu telah membantu melegakan penderitaan dan memberi keselesaan kepada ramai pesakit dari semua peringkat umur.  Majlis itu turut dihadiri Datin Dr Molly Mathew.

Majlis Makan Malam Amal Tahunan Ke-19 PCAKK 2019 akan diadakan pada 26 Julai 2019, di Maggelan sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu jam 7.00 malam.

Sementara itu, PCAKK juga menjual tiket amal sempena Majlis Makan Malam Amal Tahunan Ke-19 PCAKK 2019 dengan hadiah utama berupa jam tangan berjenama Omega edisi terhad James Bond 007 Quantum of Solace.

Hadiah kedua sebuah motorsikal Red Vespa Sprint 150 ABS, hadiah ketiga Jaket kulit berwarna hitam eleklusif untuk Myer Australia.

Hadiah keempat hingga keenam gitar elektrik (fender FSR 50s), hadiah ketujuh sebuah lukisan ikan koi yang membawa feng shui dan hadah kelapan TV jenama Sharp 60 inchi 4K HDR Android LED Backlight. Pemenang akan diumumkan pada 30 November 2019.