Madius bersama Shafie (Gambar ehsan borneotoday.net)
KOTA KINABALU: Ketua Menteri YAB Datuk Seri Panglima Shafie Apdal berkata Timbalannya YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau hanya mahu membuat perbandingan dengan apa yang terjadi pada masa lalu apabila menyentuh mengenai dakwaan pengislaman paksaan secara besar-besaran dan beliau tidak pernah bertujuan menyinggung sesiapapun.
Ketika membela Timbalan beliau, Shafie berkata adalah mudah memutarbelit kenyataan Madius dan seterusnya menekankan bahawa adalah lebih penting bagi rakyat Sabah untuk bergerak maju ke depan, demikian dilapurkan oleh The Malaysia Insight.
“Saya tiada masalah dengan kenyataan Madius. Sejauhmana kita tidak mahu orang lain memperkecil-kecilkan agama kita, kita juga harus jangan memandang rendah agama lain.
“Namun apa yang penting ialah orang-orang Sabah perlu bergerak maju ke hadapan,” Kata Shafie ketika merasmikan Perpustakaan Tanjung Aru di sini hari ini.

Ketua Menteri Sabah YAB Datuk Seri Panglima Shafie Apdal semasa perasmian Perpustakaan Tanjung Aru. Dia berkata perbalahan agama dan kaum tidak akan menguntung sesiapapun dan ia adalah hanya membuang masa. – [Gambar: The Malaysian Insight, July 25, 2019.]
Turut hadir ialah Menteri Pelajaran dan Inovasi Dr. Yusof Yaakob, Pembantu Menteri Jennifer Lasimbang dan Pengarah Perpustakaan Wong Vui Yin.
Sebelum ini, Pengerusi Bersama Biro Agama dan Keharmonian Kaum UPKO En. Jasni Rijan dan En. Sualim Gopog telah menjelaskan bahawa “Apa yang berlaku pada Ahad lalu, yakni naratif oleh Presiden UPKO dalam laman Facebook beliau, sebenarnya, kami memaklumkan bahawa di sebaliknya tidak ada niat menyinggung mana mana pihak cuma sekadar mengingatkan kita mengenai kisah lalu agar ianya tidak berulang lagi.
“Kami faham, ada segelintir yang tersinggung, dan untuk itu bagi pihak UPKO kami sebagai pengerusi bersama biro ini ingin menghulurkan tangan Salam perpaduan, Salam keharmonian, dan Salam kasih, kami percaya Presiden kami tidak ada niat langsung untuk menyinggung mana pihak. Beliau sendiri mempunyai keluarga pelbagai anutan ugama dan UPKO adalah parti pelbagai agama juga,” jelas mereka berdua.

More Stories
Anwar pertimbang PRU menjelang Oktober ketika isu subsidi bahan api memuncak
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong