UPKO: SHAFIE KM UNTUK SEMUA

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal wajar dihargai sepenuhnya terutama mesej melalui tindakan konkrit beliau terhadap warga Sabah yang mengamalkan pelbagai kepercayaan dan agama masing-masing.

“Bagi pihak keluarga besar UPKO, kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YAB Ketua Menteri. Kelulusan RM1 juta bagi Gereja St Theresa, Tambunan baru-baru ini adalah satu permulaan dan bukti terkini keterangkupan beliau sebagai pemimpin Nombor Satu kita,” kata Jasni Rijan dan Sualim Gopog (gambar), Pengerusi bersama Biro Agama dan Keharmonian Kaum UPKO dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Apa yang dilakukan oleh Shafie boleh sahaja dianggap remeh oleh segelintir namun hakikatnya, ialah beliau begitu ikhlas dalam pelayanan untuk semua rakyat Sabah. kata mereka.

“Presiden UPKO selalu berkongsi maklumat kepada kami, bahawa Ketua Menteri sering mengingatkan ahli Kabinet untuk berkhidmat tanpa menghiraukan latar belakang, agama dan suku kaum rakyat,” tambah mereka lagi.

Jasni dan Sualim berkata demikian selepas perbincangan mengenai pelbagai reaksi kepada muat turun hantaran Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau dalam laman Facebook beliau tiga hari lalu, yang antara lain mensyukuri peruntukan daripada Ketua Menteri, tetapi pada masa yang sama tercerita sejarah Sabah kerana isu-isu yang berlaku empat dekad lalu.

“Apa yang berlaku pada Ahad lalu, yakni naratif oleh Presiden UPKO dalam laman Facebook beliau, sebenarnya, kami memaklumkan bahawa di sebaliknya tidak ada niat menyinggung mana mana pihak cuma sekadar mengingatkan kita mengenai  kisah lalu agar ianya tidak berulang lagi.

“Kami faham, ada segelintir yang tersinggung, dan untuk itu bagi pihak UPKO kami sebagai pengerusi bersama biro ini ingin menghulurkan tangan Salam perpaduan, Salam keharmonian, dan Salam kasih, kami percaya Presiden kami tidak ada niat langsung untuk menyinggung mana pihak. Beliau sendiri mempunyai keluarga pelbagai anutan ugama dan UPKO adalah parti pelbagai agama juga.

Kami sangat memahami reaksi kerana naratif itu namun ada juga yang menganggukkan kepala tanda setuju, sebab memangpun semua itu adalah realiti yang pernah berlaku. Misalnya akibat isu lampau tersebut masih ada yang terbawa – bawa sampai hari ini; masih ada yang sedang berjuang untuk mengubah satus kad pengenalan kerana, tercatat Islam walaupun mereka bukan. Kami bersimpati dengan mereka.

“Kerajaan campuran antara Warisan, UPKO, DAP dan PKR yang terbentuk selepas 9 Mei lalu telah menjanjikan satu halatuju baru; Kerajaan ini adalah untuk semua orang Sabah asli. Kita akan lebih menghargai ini, dan mensyukuri realiti ini hanya apabila kita tahu dan faham sejarah silam Sabah.

Mari sama-sama memulihara perpaduan keharmonian dan kebersamaan kita dibawah pimpinan Datuk Seri Shafie dan ahli kabinetnya” kata mereka.