Operasi perobohan rumah di beberapa penempatan setinggan di Sandakan akan dilakukan pada Julai 31 ini
Oleh Kahar Ali
SANDAKAN : Operasi perobohan beberapa buah penempatan setinggan akan dijalankan pada Julai 31, setelah tempoh lebih kurang tiga tahun diberi notis kepada penghuni rumah terbabit.
Tindakan susulan sebelum operasi perobohan dilakukan di Kampung Mangkalinau, Kg. Cahaya Baru, Kg. Muhibbah dan Kg. Penat, yang telah diberi notis sejak 16 Julai 2016, dijalankan pada pagi tadi.
Pihak berkuasa Tempatan ( MPS ) mengambil tindakan selaras dengan By Law 4(2) Undang Undang Kecil Bangunan ( Pindaan 1984 ).
Beberpa buah rumah yang dikenalpasti akan dirobohkan oleh pihak berkuasa kerana melanggar peruntukan undang undang ini.
Sepanjang Operasi ini pihak berkuasa terlibat antaranya, Majlis Perbandaran Sandakan ( MPS ) , Sabah Eletricity Sdn Bhd ( SESB ), Jabatan Air, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia ( APM ) dan lain lain.
Pihak Polis Sandakan dibantu oleh Pasukan Gerakan Am ( PGA ) Batalion 20 dan Pasukan Polis Marin dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan para petugas sepanjang operasi ini berlangsung.
Operasi sebegini, akan diteruskan lagi melibatkan penempatan setinggan lain di daerah ini, secara berperingkat.
Penduduk setinggan yang terlibat pula, dinasihatkan agar memberi kerjasama sepenuhnya dalam memastikan operasi ini berjalan lancar.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ