PERSATUAN ALUMNI KTYS TUMPUH TAMBAH JUMLAH AHLI

Barisan AJK Persatuan Alumni KTYS bergambar bersama Terence (duduk depan lima dari kanan)

KOTA KINABALU: Menambah jumlah ahli antara tumpuan yang diberikan oleh Ahli Jawatankuasa Persatuan Alumni Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS) bagi Sesi 2019-2020.

Presiden persatuan itu Mohd Pkhruddin Bian yang mengekalkan jawatan itu pada sesi pemilihan sempena mesyuarat agung dwitahunan pada Sabtu lepas berkata ketika ini persatuan itu mempunyai bilangan ahli seramai 105.

Katanya tumpuan menambah ahli dalam persatuan itu bagi menyahut saranan Ketua Pegawai Eksekutif KTYS Terence Chee.

Menurutnya pihaknya akan bekerja dengan pihak hal ehwal pelajar dalam usaha menambah ahli dalam persatuan itu membabitkan pelajar yang sudah menamatkan pengajian di kolej itu.

Selain itu, katanya, persatuan itu juga akan mengadakan aktiviti jelajah di beberapa daerah ini untuk menjejaki bekas pelajar KTYS.

Ini juga membabitkan bekas pelajar Kolej Yayasan Sabah, Kolej Komuniti Yayasan Sabah dan Institut Pembangunan Insan, katanya.

Mohd Pkhruddin berkata tumpuan turut diberikan  untuk menjana sumber kewangan persatuan dengan kerjasama pihak KTYS.

Katanya ini untuk perbelanjaan aktiviti KTYS yang turut menumpukan aktiviti kebajikan, sukan dan rekreasi.

Terence dan Dekan Hal Ehwal Akademik KTYS Petrus Pius Jinuik turut hadir pada mesyuarat itu.

Pemilihan AJK persatuan itu turut melantik Penasihat 1; Mappanyukki Ambolau, Penasihat 2;Mohd Erwan Kassim.

Timbalan Presiden 1; Latola Iye Nurdin, Timbalan President 2; Wasli Ismail, Setiausaha Kehormat; Ainah Mastul,

Penolong Setiausaha Kehormat;Mohd Saizal Salleh, Bendahari Kehormat; Saniah Haeruddin, Penolong Bendahari Kehormat;Abdullah Tawe.

Ketua Biro Professional;Abdul Rasman Abdul Rashid, Biro Ekonomi;Suzie Munty dan penolong;Pidtailan Daur, Biro Media; Haslin Gaffor, Sukan and Rekreasi;  Mohd Saripuddin Nurung dan penolong;Aslan Ansak.

Ketua Biro Kebajikan dan Kerohanian; Azliah Khairuddin dan penolong; Rendy Ziki, Biro Publisiti dan Penerangan;Razanah Sari dan penolong;Flecia Edward,, Biro IT dan Multimedia; Nor Hanikka Jupiring dan penolong; Willmin Shahimin Gustimin, Biro Keahlian; Zaharah Zainal dan penolong; Kunim Songipun.