Madius punyai dokumen perjelas catatan dalam FB

Madius (duduk tengah) menunjukkan dokumen bagi menjelaskan cacatan dalam FBnya

Oleh: Nio James

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Wilfrd Madius Tangau berkata, polis telah mengambil keterangannya berikutan laporan polis terhadap catataannya didalam face book (FB) pada 21 Julai lalu.

Madius berkata, polis telah mengambil keterangannya selama kira-kira tiga jam, dan beliau yakin polis akan menyiasat perkara itu secara adil dan profesional.

Saya telah memberikan kerjasama penuh dan telah mengemukakan dokumen berkaitan dalam menyokong dan menjelaskan catatan dalam FB saya.

Dokumen yang saya rujuk adalah memorandum yang telah diberikan kepada saya bertahun-tahun yang lalu ketika saya menjadi pemimpin pelajar

Saya telah jelaskan kepada polis tentang apa yang berlaku pada masa itu dan tindakan yang saya ambil setelah menerima memorandum tersebut”, katanya.

Walau bagaimanapun, oleh kerana ia masih dalam penyiasatan polis, saya tidak boleh berkongsi kandungan memorandum tersebut,” katanya, pada sidang media, dipejabatnya,  di Wisma Kewangan dekat sini pada Rabu.

Madius, yang juga Menteri Perdagangan Perindusrian berkata, apa yang penting baginya adalah untuk menekankan bahawa niat catatan itu hanya sebagai peringatan bagi kita semua atas tindakan penyesalan terhadap individu dan tidak pernah mengenai agama lain.

“Ia juga merupakan catatan untuk kita semua untuk menghargai bahawa pada masa ini kita mempunyai Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal yang telah memperlihatkan kebimbangannya dan menitikberat kesejahteraan gereja,” katanya.

Madius berkata, tidak ada niat dan tidak ada apa-apa dalam catatanya untuk menunjukkan rasa tidak hormat kepada mana-mana agama.

Saya sentiasa mempercayai, menyokong dan menggalakkan hubungan yang harmoni dikalangan pelbagai kaum dan fahaman di negara ini.

Ini selaras dengan langkah-langkah sebagai Presiden Upko, saya telah menubuhkan Biro Agama dan Keharmonian Kaum Upko pada tahun 2014.

Dan saya bangga bahawa Sabah sentiasa dijadikan contoh saling hormat dan menghormati dan toleransi dikalangan rakyat yang berlainan fahaman,” katanya.

“Sehubungan itu, adalah diharapkan bahawa kita kini boleh bergerak dari episod ini dan sentiasa bersungguh-sungguh untuk melindungi keunikan, keindahan dan ikatan istimewa yang mengikat kita semua di Sabah melalui penghormatan dan persefahaman bersama.” kata Madius.