Madius (tengah barisan depan) bergambar bersama para pesrta Persidangan dan Bengkel Lebah Kelulut Antarabangsa (ISBCW) ke-2
Oleh: Nio James
PERSIDANGAN dan Bengkel Lebah Kelulut Antarabangsa (ISBCW) ke-2 telah diadakan di Hotel TH, Kota Kinabalu dari 31 Julai hingga 3 Ogos 2019.
Persidangan itu dianjurkan bersama antara Institut Pengurusan Perladangan Antarabangsa (lIPM). Universiti Malaysia Kelantan (UMK), UITM Sabah dan Korporasi Pembangunan Desa (KPD) Sabah.
Tujuan utama persidangan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran di kalangan orang awam tentang kepentingan dalam industri lebah kelulut agar ianya berkembang pesat.
Persidangan ini merupakan satu platform untuk para peserta megemaskini pengetahuan mereka mengenal isu-isu dan perkembangan dalam industri lebah kelulut.
1SBCW 2019 ditaja bersama oleh Jabatan Standard Malaysla dan Kerajan Negari Sabah. Persidangan ini dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Perdagangan dan Peridustrian Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, mewakili Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Haji Apdal, pada 1 Ogos 2019.
Tema persidangan untuk tahun ini lalah ‘Industri Lebah Kelulut Ke Arah Kelestarian.

Sebagaian peserta yang menyertai ISBCW ke-2
Antara pengisian persidangan ini ialah Pertandingan Industri Pertanian (Cabaran Industri Pertanian) pada 31 Ogas 2019, bengkel pra-persidangan dirasmikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Junz Wong.
Seramai lebih kurang 30 petanding termasuk para saintis, ahli akademik dan pelajar akan menunjukkan dapatan kajian dan produk-pruduk inovatif yang berkaitan dengan pertanian. Persidangan ini mengandungi tiga sesi, tiga ucaptama, dan lapan kertas kerja plenary yang membincangkan tajuk-tajuk mengenai dasar, kelestarian, keusahawanan tani, penternakan, sosio-ekonomi, teknologi dan hiliran dalam industri lebah kelulut.
Para peserta berpeluang untuk berkongsi mengenali isu terkini industri lebah kelulut dengan pembentang kertas kerja tempatan dan antarabangsa yang datang dari pelbagai latar belakang.
Satu forum interaktif mengenai isu-isu kritikal industri lebah kelulut telah diadakan pada 1 Ogos 2019.
Dua buah simposium juga akan berlangsung serentak, khas untuk pelajar universiti dan saintis dari pusat-pusat penyelidikan untuk membentang hasil dapatan kajian dan projek mereka.

Madius melawat salah satu gerai pertanian tempatan
Sebanyak 15 buah gerai pameran yang mempamerkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang berkaitan dengan persidangan ini, antaranya Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor yang turut mempamerkan madu lebah, disamping mempromosikan Selangor Fruits Valley Agrotourism.
Selain itu, satu lawatan pasca persidangan untuk peserta persidangan telah dijadualkan pada 3 Ogos 2019 ke Borneo Honeybee Centre, sebuah pusat penyelidikan dan latihan lebah, yang juga berfungsi sebagai pusat kutipan dan pemprosesan madu lebah kelulut di Sikuati, Kudat.
IIPM, sebuah badan profesional yang mewakili semua sektor industri perladangan, telah ditubuhkan pada Mei 2005 sebagai satu cabang dari Universiti Teknologi Mara (UITM). Penubuhannya adalah bertujuan untuk menaiktarafkan profesion perladangan, menyediakan satu organisasi dan keahlian untuk peladang, untuk meningkatkan pembangunan profesional mereka dan menjadi rujukan kebangsaan bagi industri perladangan.
IIPM menawarkan pelbagal program profesional, termasuk Certificate in Plantation Industry Management (CPIM), Professional Diploma in Plantation Management (PDPM) dan Professional Qualifying Examination (PQE) in Plantation Industry Management yang diiktiraf oleh MQA.
CPIM adalah setara dengan Tahap 3, sementara PDPM adalah setara dengan Tahap 4 dalam Malaysian Qualification Framework (MQF). PQE pula setara dengan ljazah Sarjana Muda.
Satu lagi program berprestij ialah Specialist Professional Qualification (SPQ) yang direkabentuk khas untuk kakitangan perladangan yang berhasrat untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai Penasihat Ladang (Planting Advisor, PA).
Graduan Program SPQ yang lulus semua syaratnya akan dianugerahkan dengan gelaran Certified Planter (CP) .
Selain daripada persidangan dalam negara dan antarabangsa, dan di samping memberi keahlian, IIPM juga menawarkan pelbagai kursus jangka pendek, dan klinik perladangan untuk pembangunan kemahiran berterusan kepada kakitangan ladang dan orang awam.
Secara keseluruhannya, IIPM telah memberi latihan dan program pembangunan manusia kepada lebih daripada 5,000 orang.

PENGHARGAAN…Madius menerima cenderakegangan daripada penganjur
IIPM telah menandatangani memorandum persefahaman dengan UMK, Institut Pertanian Bogor (IPB), Universitas Gadjah Mada (UGM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk mewujudkan satu landasan kerjasama perkongsian ilmu dan kepakaran, serta penciptaan peluang-peluang pendidikan dan latihan untuk memenuhi keperluan industri perladangan.
IIPM telah menubuhkan sebuah Regional Chapter di Sabah, bertempat di UITM Sabah pada tahun 2019, dan bakal menubuhkan cabang antarabangsa yang pertama di UGM pada tahun ini.
IIPM juga akan bekerjasama dengan UGM untuk menganjurkan International Conference and Exhibition on Industrial Agricuture (ICONIA 2019) di Yogyakarta, Indonesia dalam bulan November 2019.
Tamat.
Foto caption.
1. .
3. .
4.
5.
6.

More Stories
Cradle Open Day 2024 Tingkat Inovasi Dan Pertumbuhan Ekosistem Startup Di Sabah
Hutang Isi Rumah Negara Berjumlah RM1.53 Trilion
Harga petrol, diesel kekal