Oleh : Nio James
KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sugut, Datuk James Ratib menyambut baik penambahan 13 kawasan Dewan Undangan Negeri baharu di Sabah.
Beliau berkata, penambahan kerusi itu bersesuaian dengan keadaan geografi negeri ini yang amat luas dan memerlukan lebih ramai w akil rakyat.
“Langkah ini amat bertepatan supaya lebih banyak suara rakyat akan dapat didengar oleh kerajaan.
Saya menyokong penuh kerana penambahan kerusi DUN untuk Sabah telah sekian lama kita nantikan,” katanya.
James berkata, Sabah merupakan negeri kedua terbesar selepas Sarawak.
Bilangan 60 kerusi DUN sekarang tidak mencukupi untuk benar-benar mewakili rakyat Sabah.
“Dengan mempunyai lebih banyak wakil rakyat di DUN ianya bukan saja memberi lebih banyak suara rakyat tetapi sudah tentu dari segi peruntukan,” katanya.
“Ini akan lebih adil kepada kawasan DUN yang terlalu besar (contohnya DUN Sugut) yang sebelum ini terpaksa menunggu lama untuk mendapat peruntukan pembangunan,” katanya.
James turut mecadangkan kerajaan supaya menimbangkan penambahan kerusi Parlimen untuk negeri ini.
“Jika penambahan kerusi DUN sudah ada maka saya lihat terdapat juga keperluan untuk menambah kerusi Parlimen di negeri ini,” katanya, dan menambah jika ia dapat direalisasikan maka kawasan DUN dan kawasan Parlimen baharu bakal mengubah dinamik politik Sabah secara positif.

More Stories
Anwar pertimbang PRU menjelang Oktober ketika isu subsidi bahan api memuncak
Saya tidak setuju dengan Harris Salleh – Ewon
Jangan Kelirukan Rakyat Tentang Tuntutan Hak 40 Peratus – Madius