PKR SANDAKAN MENYOKONG  KENYATAAN AHLI MPP DAN AHLI PARLIMEN  KEADILAN UNTUK MENGHENTIKAN USAHA MEMECAHBELAHKAN PARTI

Kenyataan oleh Isaac Wong Kah Kiet (gambar), Setiausaha Pengelola, Parti  Keadilan Rakyat, Cabang Sandakan.

SANDAKAN : Parti Keadilan Rakyat Cabang Sandakan tegas berpendirian menyokong  kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli MPP and Ahli Parlimen Keadilan  bahawa jawapan yang diberikan oleh presiden Dato’ Seri Anwar Ibrahim kepada wartawan tidak berasas kerana hanya berdasarkan spekulasi semata-mata.

Ketika Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan wartawan di Parlimen baru-baru ini, bahawa Timbalan Presiden, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali perlu  meletakkan jawatan sekiranya kesahihan video seks yang menjadi persoalan dibuktikan.

Presiden sewajarnya memberikan kepimpinan yang jelas terhadap persoalan utama untuk membanteras komplot politik jahat yang ingin  menjatuhkan  karier Dato’ Seri Mohamed Azmin. Beliau juga harus fokus kepada perlakuan jenayah konspirator yang telah secara terancang menularkan video seks yang jijik dengan niat jahat.

Parti Keadilan Rakyat Cabang Sandakan hairan percakapan  presiden berputar belit . Kami masih ingat  ketika video fitnah ini ditularkan dengan , beliau telah mengeluarkan pandangan  bahawa Dato’ Seri Mohamed Azmin tidak perlu melepaskan jawatannya tetapi sekarang pula meminta pula Dato’ Seri Mohamed Azmin meletakkan jawatan.

Justeru berdasarkan penafian tegas Timbalan Presiden, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkaitan hal ini, Presiden sepatutnya mempertahankan Timbalan Presiden demi memelihara muafakat utuh KEADILAN dan tidak sama sekali cuba menggasir kedudukan Timbalan Presiden dalam Kerajaan tanpa sebarang asas yang kukuh.

Presiden  sepatutnya  menyorot kembali asas perjuangan reformasi di mana seluruh kepimpinan dan anggota KEADILAN berdiri teguh mempertahankan beliau dari fitnah jahat yang menggunakan fitnah dan video seks sebagai alat politik biarpun pada tahun 2011, ketika itu Ketua Polis Negara mengumumkan bahawa video seks tersebut adalah tulen.

Dato’ Seri Mohamed Azmin secara konsisten telah mempertahankan beliau dan keluarganya selama lebih 20 tahun daripada semua tuduhan‘gutter’ politics.

Maka, kami parti Keadilan Rakyat Cabang Sandakan menyokong penegasan  Ahli MPP and Ahli Parlimen Keadilan  bahawa KEADILAN wajib berdiri teguh dan konsisten menentang politik kotor yang digunakan dalam komplot untuk menjatuhkan Timbalan Presiden.

Kami parti Keadilan Rakyat Cabang Sandakan akan bersama YB Dato’ Seri Mohamed Azmin dan mana-mana pimpinan lain walaupun apa jua berlaku  dan   kami menyokong  ahli MPP and Ahli Parlimen Keadilan yang  menggesa Dato’ Seri Anwar Ibrahim selaku Presiden KEADILAN untuk berhenti dari mengeluarkan sebarang kenyataan yang memecah belah kesatuan parti dan menyeru Presiden untuk segera menggembeling perpaduan anggota demi keutuhan KEADILAN, Pakatan Harapan dan negara yang tercinta ini.