RIBUT GANAS MEMUSNAHKAN BUMBUNG SK LOTONG ….Pelajar, Ibubapa Dan Guru Tetap Bersemangat Walau Bumbung Atap Ranap

By: Aissac Bjsim

MATUNGGONG: Angin kencang yang bertukar ganas menerbangkan atap bumbung sekolah SK Lotong kira-kira  jam 3 petang Rabu lalu.

Menurut guru besar James Umbagai  (gambar) dihubungi oleh wartawan  BS,  bangunan terlibat termasuklah bilik pentadbiran, kelas tahun lima dan kelas tahun enam .

Bagaimanapun tindakan cepat para guru telah dibuat  dengan  memindahkan kelas terbabit serta mengalihkan barangan  berharga pejabat  ke rumah guru serta memasang kanopi bagi mengelakkan hujan membasahi bangunan.

SK Lotong Kudat menjadi laluan angin kencang pada  Rabu lepas kira2 jam 3.00 petang apabila  BADAI menyerangkan;  tiada kecederaan dilaporkan…., gambar ambil di bahagian hadapan Pejabat Guru  Besar.  Bawah: Bahagian bumbung atap bangunan yang rusak.

Dalam kejadian tersebut  para pelajar dan guru sudah balik, tiada  pelajar ataupun guru yang mengalami kecederaan.

Katanya lagi, kemungkinan satu blok bangunan  berada dalam bahaya  sekiranya angin kencang yang bertiup masih melanda dan membawa hujan lebat.

“Walaupun musibah melanda dimana bumbung  sekolah kami rosak teruk namun semangat kami dan pelajar kami masih ditahap tinggi malah peristiwa tersebut membuatkan kami lebih tekun, rajin dan kuatkan semangat terutama para calon UPSR yang akan menduduki  ujian UPSR tidak lama lagi.” katanya.

Bagaimanapun  katanya, “pembelajaran  kelas malam  oleh para pelajar  tahun enam tidak terjejas walaupun kelas  mereka  belum boleh digunakan lagi,  dan kerja membersih dan  menyelamatkan  barangan  dibantu PIBG serta pekerja,” katanya.

Sekolah terletak 25 kilometer  yang baru  dilawati dua  orang pemimpin  Rungus  tiga hari lepas  (Datuk Matius dan Sazaly Donol )  terdedah  bahaya kerana terletak di laluan tiupan angin barat daya yang bertiup kencang dari bulan Julai ke bulan September setiap tahun.

Sementara itu  James berkata, pihak sekolah telah mengadakan mesyuarat tergempar dan penilaian kerosakkan  seperti perabot , komputer dan lainnya masih dalam  siasatan oleh pihak jabatan Pendidikan daerah Kudat serta dimaklumkan kepada pihak polis.

Laporan Jabatan Meteorologi yang dipetik  melalui laporan laman sesawang jabatan tersebut pada jam 6.00 petang  kelmarin  memberi amaran  kategori tahap kedua dimana angin  kencang  dan laut bergelora dari arah barat daya  berkelajuan 50-60 kmsj dengan ombak  ketinggian sehingga  4-5 meter dijangka  dikawasan  perairan utara Reef North, utara Condore, Layang  Layangan  dan perairan pulau Palawan  sehingga Sabtu 10 Ogos 2019.

Jabatan berkenaan turut menasihati warga maritim mengenai taufan Lekima dikesan pada kedudukan 19.7 utara dan 128.0 timur, kira-kira 723 kilometer ke Tenggara Naha Jepun. “Pergerakan taufan adalah hampir pegun sehingga 126 kmsj dan boleh dirasai sehingga 1,867 kilometer ke timur laut Kudat, bagaimanapun tiada kesan signifikan pada negara,” katanya.