Dua lelaki tempatan yang ditahan Pasukan Polis Marin Semporna disyaki terlibat dalam aktiviti pengeboman ikan pada hari Jumaat
Oleh Faizal Rahman
SEMPORNA: Dua lelaki tempatan ditahan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengeboman ikan di kawasan laut Kampung Tobo-Tobo sini kelmarin.
Menurut Komander PPM Sabah ACP Haji Mohamad Pajeri Ali, pada Ogos 9 jam lebih kurang 1.30 petang, bertindak atas maklumat aktiviti pengeboman ikan dari Unit Risikan Marin (URM) Semporna, berjaya menahan satu buah perahu yang dijuragani oleh satu lelaki tempatan berusia 22 tahun dari Kg. Bangau Bangau di sini bersama satu anak perahu juga warga tempatan berusia 28 tahun dari kampung yang sama.
“Hasil pemeriksaan dalam ruangan perahu tersebut telah menemukan pelbagai jenis ikan lebih kurang 5 kilogram yang disyaki diperolehi dari hasil aktiviti menangkap Ikan menggunakan bahan letupan,” kata Mohamad Pajeri.
Tangkapan dan rampasan dibawa ke pangkalan Markas Operasi PPM Semporna untuk tindakan selanjutnya. Keseluruhan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM9,306, tambah beliau.
“Kes disiasat dibawah Seksyen 26 (1)(c) Akta Perikanan1985. Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM20,000 dan penjara maksima 2 tahun,” katanya lagi.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK