By Aisacc Bjsim
KOTA MARUDU: Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam seluruh dunia.
Di Malaysia yang menyambut Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada Ahad 11 Ogos bersamaan 10 Zulhijjah dan bagi umat Islam khasnya di Kota Marudu tidak ketinggalan meraihkannya.
Ketua Imam masjid Al-Taqwah Imam Rafie Nawon berkata , setiap tahun mereka akan menyembeleh lembu sebagai korban, sebelum itu kira kira 500 orang bersembahyang berjemaaah sunat hari raya aidiadha di masjid yang di Imamkan Imam beliau.
“Sempena ini hari keberkatan itu dan pada tahun ini empat ekor lembu telah disembeleh dengan bantuan beberapa imam muda serta sukarlawan masjid.” Katanya selepas menyaksikan majlis menyembelih lembu di perkarangan masjid.
“Kami hanya dapat mendapatkan empat ekor lembu dan seekor adalah lembu betina bagi tujuan itu, dimana seekor lembu akan dibahagi bahagikan kepada tujuh orang seperti tujuh bahagian yang terdapat dalam anggota lembu sebelum diagih agihkan kepada mereka yang menyertai kumpulan tersebut selepas itu akan di derma kepada golongan miskin dan asnaf” katanya.
Sementara itu beberap orang dermawan yang ditemui berkata cara demikian dapat meringankan beban seseorang maklumlah masa kini kewangan agak terhad , berkongsi membeli lembu dapat meringkan beban selain dapat mencetuskan rasa kasih sayang kepada sesama umat Islam.
Beriatsabah di fahamkan seekor lembu di Kota Marudu yang sederhana besar berharga diantara RM3,500 ke RM4,500.00 seekor.
Haji Mohd.Yusuf Bintan dari kampung Rasak Laut, Tandek bersyukur kerana tahun ini beliau dapat berkongi dan meraikan hari raya korban dengan baik dan dapat menderma sedikit daging lembu kepada mereka yang kurang berkemampuan dan berharap ianya dapat diteruskan pada tahun akan datang.
Sementara Ketua bahagian Warisan Kota Marudu Majamis @Haji Mohd Jeffrey Timbuong yang turut mengambil iktibar dan turut sama mengcapkan Selamat Aidiiadha kepada semau Muslimin dan turut sama menjayakan acara korban dengan menyembelih lembu di rumahnya di kampung Tagaroh dan seterusnya kenduru rumah terbuka.
Sementara itu bekas kakitangan jabatan Veterina Jeffery Yusuf yang turut menjadi penyelia bagi mengorbankan lembu lembu tersebut memberikan garis panduan bagi sesiapa yang berhajat menyembeleh lembu sebagai korban.
Beliau yang berpengalaman lebih 25 tahun di jabatan Veterina menasahati agar terlebih dahulu mendapatkan surat kebenaran daripada jabatan Veterina bagi mengelakan perkara buruk berlaku, sebagai contoh untuk mengelakan daripada lembu dijangkati penyakit hawar berdarah atau sebagainya.Untuk mengekalkan agar lembu lembu disembeleh itu sentias sihat untuk diagihkan, katanya.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ