Oleh Ahmad Tamrin
TAWAU : Sebuah rumah kediaman di Jalan Tanjung Batu dekat sini terbakar 70% dalam kebakaran petang Isnin.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah menerima panggilan kecemasan melalui talian balai pada jam 4.35 petang.
Pasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tawau bergegas ke tempat kejadian dengan jarak sejauh 2 KM daripada balai menggunakan 2 buah jentera, 1 buah “water tanker” dan 1 buah jentera kecemasan EMRS.
Operasi diketuai oleh PBK II Syed Salipudin Habib Taha bersama 13 orang anggota. Laporan dari komander operasi, kebakaran melibatkan sebuah rumah kediaman jenis tidak kekal dengan anggaran 70% terbakar.
Kebakaran dapat dikawal pada jam 4.48 petang sebelum operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada jam 5.28 petang. Tidak ada kecederaan dan kematian mangsa dilaporkan dalam kebakaran tersebut.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ