Rumah kediaman yang musnah terbakar di Kampung Semawang Laut, Sandakan pada hari Isnin.
Oleh Kahar Ali
SANDAKAN: Sebuah rumah kediaman jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran di Kampung Semawang Laut pada petang Isnin.
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah, kejadian tersebut tidak ada melibatkan kecederaan dan kematian mangsa.
PGO telah menerima panggilan kecemasan melalui MERS 999 pada jam 2.56 petang.
Pasukan Bomba dari Sandakan bergegas ke tempat kejadian dengan jarak sejauh 48 KM daripada balai dengan menggunakan 1 buah kenderaan utiliti pacuan empat roda disebabkan laluan lokasi yang agak sukar dilalui oleh jentera bomba.
Operasi diketuai oleh PB Zixcon Patric bersama 3 orang anggota. Laporan dari komander operasi, kebakaran melibatkan sebuah rumah kediaman jenis tidak kekal telah musnah setelah ketibaan pasukan bomba di tempat kejadian.
Pasukan bomba bertindak mengambil maklumat serta membuat “size up” di kawasan sekitar bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan yang wujud. Operasi tamat sepenuhnya pada jam 5.00 petang.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ