KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang peniaga hari ini selepas dipercayai cuba menyogok ketua jabatan sebuah agensi kerajaan.
Peniaga berusia 50-an itu dipercayai cuba memberi rasuah sebanyak RM2000 bagi mempercepatkan proses kelulusan penjualan minyak kepada nelayan di Jeti Batu Putih, Sandakan.
Menurut sumber, suspek lelaki itu ditahan di pejabat SPRM Kota Kinabalu selepas ketua jabatan terbabit melaporkan perkara itu kepada SPRM.
Sementara itu, Pengarah SPRM S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.
Katanya, lelaki terbabit kini ditahan selama 24 jam untuk siasatan lanjut.
“Tindakan ketua jabatan berkenaan yang melaporkan kes rasuah kepada pihak SPRM amat terpuji.
“Ia selaras dengan Seksyen 25 Akta SPRM 2009 iaitu kewajipan untuk melaporkan transkasi penyogokan,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ