Ada 2 sudah mati pasal varian Covid-19 Afrika Selatan

Dua kematian Covid-19 dikaitkan dengan strain B.1.351 yang sangat mudah berjangkit, yang pertama kali dijumpai di Afrika Selatan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.

Noor Hisham memberitahu media bahawa kedua-dua kematian ini berkaitan dengan kluster tempat kerja Teknologi Emas di Kuala Langat, yang pertama kali dilaporkan pada 26 Februari.

Tambahnya, 56 kes varian Covid-19 membimbangkan (VOC) telah dilaporkan di negara ini, serta tiga varian dengan satu kes melibatkan strain mutasi berganda B.1.617.1 dari India, sementara 56 kes VOC melibatkan strain B.1.1.7 dari varian UK dan Afrika Selatan.

Sepuluh pesakit dari kluster Kampung Bunut Sarang Burung di Tumpat, Kelantan, dijumpai dengan strain Afrika Selatan. Kluster ini disebabkan oleh perjalanan antara negeri.

Sepuluh pesakit lain dari kluster Jalan Canning Estate di Ipoh juga mengalami strain yang sama.

Kluster itu melibatkan aktiviti sosial di pusat hiburan.

Bagaimanapun, kes dari kluster umum semakin menurun, dengan lebih banyak kes sporadik dilaporkan, walaupun jumlah jangkitan dalam kalangan orang muda semakin meningkat, dengan gejala lebih teruk daripada yang dilaporkan sebelumnya.

“Penggunaan unit rawatan rapi telah meningkat. Selain warga emas dan mereka yang mempunyai komorbiditi, pesakit yang lebih muda juga menggunakan ICU sekarang. Keterukan kes juga jauh lebih tinggi, ” katanya. “Strain baharu ini lebih ‘ganas’.”

Beliau berkata penjujukan genom, yang digunakan untuk menentukan sama ada pesakit mengalami strain yang berbeza, akan dilakukan pada pesakit muda jika menunjukkan gejala teruk, mereka tidak memberi respons baik terhadap rawatan, dan memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau juga mengesahkan bahawa terdapat tiga kes jangkitan berulang sejauh ini, dengan dua dilaporkan di Selangor serta satu di Seremban.

Mengulas jumlah keseluruhan 1,632 kematian dilaporkan setakat ini, beliau menyatakan bahawa 18% daripada pesakit itu sudah disahkan meninggal ketika dibawa ke hospital, manakala 85% daripada kes kematian adalah mereka yang berusia 50 tahun ke atas.

Beliau berkata 87% daripada kes-kes hanya dikesan apabila pesakit berada di peringkat 4 atau 5 kondisi parah.

Dengan kes Covid-19 terus meningkat di seluruh negara, beberapa hospital telah melebihi kapasiti maksimum untuk katil Covid-19 dan ICU.

Hospital Serdang berkapasiti 141% untuk katil Covid-19, diikuti oleh Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (128%), Hospital Kuala Lumpur (113%) dan Hospital Sungai Buloh (112%).

Katil di hospital swasta Covid-19 hampir mencapai kapasiti penuh di Lembah Klang, terutama di Selangor dengan kapasiti lebih 90% tercapai. Bagaimanapun, hospital swasta secara keseluruhan mempunyai sekitar 50% kapasiti katil dan ICU.

Antara berita baik, hanya terdapat 227 kes aktif dalam kalangan petugas kesihatan pada masa ini, berbanding 2,328 yang dilaporkan pada bulan Januari sahaja.

Namun, disebabkan oleh kes positif, 918 petugas kesihatan perlu menjalani kuarantin.

Lebih daripada 60,000 ujian Covid-19 telah dijalankan dalam tempoh 24 jam, terdiri daripada 30,198 ujian RT-PCR dan 31,223 ujian antigen RTK.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *