Afidavit : lapor polis jika diancam, kata menteri undang-undang kepada Hamid Sultan

[ad_1]

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) — Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer boleh membuat laporan polis sekiranya beliau berasakan kehidupannya telah diancam oleh mana-mana pihak berhubung dakwaan yang beliau kemukakan terhadap hakim-hakim yang tidak dinamakan dan institusi yang berkenaan dalam satu afidavit baru-baru ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong.

“Sebagai seorang hakim, saya berpendapat beliau mempunyai keselamatan dengannya. Jika beliau berasakan kehidupannya telah diancam, jadi beliau mempunyai hak untuk membuat laporan polis dan polis boleh menyiasat.

“Jika ada kebenaran terhadap apa yang beliau perkatakan, mereka boleh menyediakan keselamatan, perlindungan kepada beliau,” katanya kepada wartawan di luar persidangan Rantau Asia “Kepimpinan Politik Wanita : Mewujudkan Perubahan Positif” di bangunan Parlimen hari ini.
…..



[ad_2]