KOTA KINABALU: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat tiba di Sabah pada jam 3.50 petang tadi.
Baginda yang menaiki pesawat khas menerusi Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) disambut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Timbalannya, Datuk Seri panglima Wilfred Madius Tangau, Menteri Pelajaran dan Inovasi, Datuk Dr Yusof Yacob, Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, Datuk Aidi Moktar.

Selain menghadiri majlis resepsi perkahwinan anak kepada Shafie, Seri Paduka Baginda juga dijadualkan menunaikan Solat Jumaat di salah sebuah masjid di Bandaraya Kota Kinabalu, esok.
Turut berangkat, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud bersama isteri, Toh Puan Raghad Kurdi Taib yang tiba pada jam 5.35 petang, manakala Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Abdul Rashid pada jam 5.50 petang tadi.
Selain para pemimpin masyarakat, sambutan di Terminal 2 KKIA juga dihadiri oleh ketua-ketua jabatan Negeri dan Persekutuan.
Oleh Jabatan Penerangan Sabah

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ