Keprihatinan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau terus dilihat melalui siri lawatan terhadap keluarga yang kesusahan.
Tanpa mengira masa, Madius terus membuat pelayanan rakyat pada ketika negara kini sedang dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Walau bagaimanapun, pelayanan yang dilakukannya tetap mengikut pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang tinggi seiring dengan ketetapkan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Terbaru, Madius yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) hadir memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Geoffrey Doos, di Kampung Pukak, Kiulu.

Beliau turut melahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang serta menyalurkan sumbangan ikhlas untuk meringankan beban.
Keluarga mendiang mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Madius hadir di saat mereka sedang berkabung.
Mereka juga menghargai atas sumbangan yang telah diberikan.
More Stories
KUSKOP salur RM346.28 juta pembiayaan PMKS dan koperasi di Negeri Sembilan pada tahun 2024
Maritim Malaysia tahan dua bot tunda nelayan lakukan aktiviti tarik pukat tunda
Agensi di bawah KUSKOP bantu usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak