Ahli Parlimen Tuaran sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kg Tombolaoung

Keprihatinan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius tidak mengira masa dan waktu.

Ketika mendengar tragedi kebakaran yang berlaku di Kampung Tombolaoung baru-baru ini, beliau lantas berkunjung melawat mangsa.

Dalam satu hantaran di facebooknya, Madius memaklumkan dalam bulan Julai sahaja, sudah empat rumah terbakar termasuk kediaman milik Kumpiah Kirok.

“Rumah ini merupakan rumah yang keempat terkena bencana kebakaran di DUN Tamparuli dan kawasan Parlimen Tuaran.

“Rumah yang terletak di Kampung Tombolaoung ini, diduduki oleh anaknya Seuti Yapin dan baru juga diperbaiki dengan peruntukan baik pulih pemberian FELCRA.

Keadaan rumah Kumpiah yang terbakar

“Syukur sebab tidak ada kemalangan jiwa dan ada adiknya di rumah untuk bersama ibunya ketika kejadin berlaku.

“Saya berkesempatan bertemu dengan Seuti, adiknya Timis dan Ibu mereka Odu Kumpiah di rumah untuk menghulur sedikit bantuan,” katanya.

Madius yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) turut mempelawa rakan-rakan serta pengikut facebooknya untuk manyalurkan sumbangan ikhlas bagi membatu meringankan beban mangsa.

“Kawan-kawan serta follower facebook saya yang membaca post ini dan tergerak hati untuk menderma demi meringankan beban nenak Kumpiah bolehlah menderma terus ke akaun Bank Simpanan Nasional 12102-29-00010516-1 atas penama Kampiah Girer.

“Semua pertanyaan dan kemuskyilan boleh menelefon Timis Yapin di 0109755132. Terima kasih,” katanya.