Para pemenang Ratu Nenek Cun: Jamili, Naimin, Betty dan Rusini bersama Sobilin yang menyampaikan hadiah
Oleh Aissac Bjsim
KOTA MARUDU: Para sahabat AIM diingatkan agar menjaga kualiti kesihatan fizikal secara berterusan agar dapat mengekalkan tahap kesihatan secara optima, kerana pada masa ini kadar obesiti dikalangan rakyat di negara ini berada pada tahap yang membimbangkan maka program yang dijalankan oleh pihak AIM adalah kena pada masanya.
Penolong Pengurus AIM Wilayah Sabah Utara Adzam Supri berkata, kerjayaan penganjuran AIM blok Goshen dalam program larian kesihatan perlu diberikan pujian, kerana bukan hanya berjaya mengadakan program pada julung-julung kali tetapi berjaya menarik ramai sahabat baharu untuk menyertai AIM menerusi kempen ‘Jum Masuk AIM’ yang diadakan baru-baru ini.

Dalam majlis itu Adzam turut merakamkan pujian kepada Blok Goshen yang merupakan penggerak kepada kejayaan dan prestasi AIM Cawangan daerah ini sehingga meraih gelaran sebagai Blok Emas dan berjaya mencapai ‘Full Capisiti’ FC -400 bagi pegawai AIM bagi blok Goshen Harzam Rak, iaitu iaitu blok kedua yang meraih gelaran FC-400 selepas Blok Tandek yang mencapai gelaran itu pada 29 September lalu.
Sehubungan itu beliau mahu agar baki dana pinjaman sebanyak RM300,000 yang disediakan kepada para Sahabat AIM di cawangan Kota Marudu dapat dimanafaatkan bagi kegunaan pinjaman mikro untuk membiayai pelgabai aktiviti perniagaan dalam usaha menaikkan taraf ekonomi dikalangan halinya.

Sementara itu penyelaras penganjur Elty Doasa berkata program larian ‘Run for Healty’ blok Goshen mendapat penyertaan menggalakkan. Selain itu acara perlawanan bolasepak 9 sebelah yang terbuka kepada kalangan para Sahabat turut diadakan.
Acara lain yang turut diadakan sebagai penyeri program pada hari itu ialah pertandingan nenek Cun, persembahan nyanyian, tarik tali dikalangan kanak-kanak sahabat, bazar makanan serta cabutan tiket bertuah.
Sementara itu, Larian sejauh 8 kilometer dimenangi oleh peserta tuan rumah

Romeo Gombah bagi kategori lelaki terbuka manaka ibunya ibunya Vellin@Emelda Ulut menjuarai kategori wanita. Bagi kategori pelajar lelaki dan wanita masing-masing dimenangi oleh Danver Lesius dan Aleyandra Arikson.
Majlis turut dihadiri ketua kampung Goshen K.K Maijing Gidil, Penolong Pengurus AIM Cawangan Kota Marudu Mat Hashim Said, Ketua AIM Blok Goshen merangkap Presiden KUICK Sobilin Gungkas, Bendahari kelab KUICK Rofinah Enggan, Ketua Blok AIM Tandek Warlin Mungan. Hadiah hadiah disampaikan Penolong Pengurus AIM Wilayah Sabah Utara Adzan Supri, dan Sobilin sendiri.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ