Oleh Faizal Rahman
LAHAD DATU: Bekas pelajar dibawah Persatuan Alumni Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS) berpeluang berkongsi pengalaman pembelajaran dan kerjaya pada Program Jelajah Pendidikan KTYS di Kota Belud pada Sabtu lepas.
Ia merupakan sumbangan persatuan itu kepada KTYS untuk menggalakkan pelajar lepasan sekolah menengah untuk menyertai program yang ditawarkan di kolej yang berpangkalan di Kota Kinabalu.
Program jelajah itu diadakan di Dewan Terbuka Datuk Haji Musbah Haji Jamli atas inisiatif Ahli Dewan Undangan Negeri Tempasuk Datuk Musbah Jamli..
Semasa sesi perkongsian, lima wakil Alumni KTYS berkongsi pengalaman mereka termasuk Presiden Persatuan Alumni KTYS Pkhruddin Bian, bekas pelajar Kursus Diploma Binaan Bangunan selama dua tahun di kolej itu.
Beliau yang menamatkan pengajian di kolej itu sejak 23 tahun lepas dan kini merupakan usahawan mengurus syarikat sendiri,
Pada majlis itu, Pkhruddin menyeru para belia dan pelajar Tingkatan Lima agar tidak melepaskan peluang untuk mendaftar sebagai pelajar KTYS kerana banyak kursus yang ditawarkan dan bantuan biasiswa kepada pelajar cemerlang.
Program sehari itu dirasmikan oleh Musbah dan turut dihadiri Pengerusi Lembaga Pengarah KTYS Datuk Jame Alip yang merupakan bekas Pengarah Pendidikan Sabah.

More Stories
Pengurusan makanan dan amalan pengilangan baik penentu kualiti industri makanan negara
Ceramah ‘Seronoknya Kimia’ perkasa pemahaman STEM dalam kalangan masyarakat
UMS perkasa pembelajaran STEM melalui program Living Lab @ Pantai Dalit