KOTA KINABALU: Para alumni Universiti Malaysia Sabah (UMS) dipelawa untuk menyertai Program Alumni Homecoming yang diadakan pada 6-8 Oktober 2023.
Program yang julung-julung kalinya dianjurkan itu bertujuan untuk membawa para alumni kembali ke UMS dan mengimbau semula memori sepanjang melanjutkan pengajian suatu ketika dahulu.
Pengarah Pusat Alumni UMS, Dr. Arif @ Kamisan Pusiran berkata, program itu juga bagi mengekalkan ikatan silaturahim dalam kalangan alumni dan UMS.
“Program ini bakal menghimpunkan dan sekali gus meraikan para alumni dari dalam dan luar negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Ariff berkata, pelbagai aktiviti menarik yang akan diadakan sepanjang program itu berlangsung.
“Pada hari pertama, aktiviti yang dijalankan ialah permainan boling bertempat di MyBowl 1Borneo Hypermall.
“Seterusnya, akan ada dua aktiviti pada hari kedua iaitu UMS Tour dan Alumni Homecoming Dinner, bertempat di Hotel Hilton , Kota Kinabalu.
“Pada hari terakhir program pula, para alumni akan dibawa untuk bermain golf di Nexus Golf Ressort, Karambunai.
“Program ini turut diharapkan mampu membina kerjasama strategik antara alumni dengan alma mater, termasuk antara alumni dengan alumni,” jelasnya.
Sehubungan dengan itu, para alumni UMS boleh mendaftar penyertaan secara atas talian melalui pautan atau .
Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 16 September 2023.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ