BELURAN: Seramai 17 pegawai dan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dari Batalion 20, Beluran menerima penghargaan berikutan kejayaan mengekang jenayah rentas sempadan, baru-baru ini.
Penghargaan disampaikan Ketua Staf Bahagian Operasi Darat, Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Senior Asisten Komisioner, Datuk Habibi Majinji ketika lawatan ke Road Check Point (RCP) Sapi Nangoh, semalam.
Beliau turut menghargai kejayaan anggota pasukan terbabit menumpaskan cubaan membawa masuk produk daging ayam sejuk beku tanpa kelulusan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan diragui status halal dianggarkan mencecah RM270,000.

Ketika lawatan itu, beliau diberikan taklimat oleh Pegawai Pemerintah Medan RCP Sapi Nangoh mengenai kawasan tanggungjawab dan peranan pasukan yang mengawal kawasan berkenaan.
Di samping itu, beliau juga turut meninjau dan diberi taklimat oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) mengenai status kemajuan projek pembinaan Kompleks Perumahan dan Pentadbiran Batalion 20 PGA Beluran.

Turut mengiringi lawatan berkenaan, pegawai-pegawai kanan ESSCOM, Batalion 20 PGA Beluran dan JKR. – Info X

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad