[ad_1]
Pengarah eksekutifnya Datuk Nik Fauzi Nik Hussein berkata diskaun itu berkuatkuasa selama 24 jam bermula 12 tengah malam hingga 11.59 malam Selasa depan.
Beliau menambah tawaran diskaun itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat yang dilaksanakan sejak 2011 sebagai menghargai pengguna dan meraikan perayaan utama negara ini.
“Kami juga menyediakan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan sebagai rujukan pengguna yang hendak ke Pantai Timur yang bertujuan mengurangkan kesesakan dan pertembungan kenderaan terlalu banyak pada masa sama di Plaza Tol Gombak, Bentong dan Karak.
“Kami menjangkakan waktu puncak trafik bermula pukul 9 pagi hari ini dan petang 4 Feb sebelum kembali sesak pada 9 dan 10 Feb untuk perjalanan pulang ke ibu kota,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Sehubungan itu, Nik Fauzi menyarankan mereka yang ingin ke Kelantan dan Terengganu pada esok dan Ahad untuk masuk ke lebuh raya pada pukul 6 hingga 10 pagi atau sekitar 5 petang hingga 8 malam.
Manakala mereka yang menuju ke Pahang pada tarikh yang sama disarankan memulakan perjalanan antara pukul 12 tengahari hingga 3 petang atau 7 petang sehingga 11 malam.
Manakala bermula 8 hingga 10 Feb, pengguna dari Pahang dinasihatkan memulakan perjalanan dari pukul 6 hingga 10 pagi atau bermula 7 petang hingga 10 malam, sementara mereka dari Terengganu disarankan memasuki lebuh raya bermula 8 hingga 11 pagi atau 8 hingga 10 malam.
Bagi tarikh sama, pengguna dari Kelantan digalakkan menggunakan lebuh raya bermula 6 petang hingga 10 malam atau antara 9 malam hingga 12 tengah malam.
“Kami juga menasihatkan pengguna untuk memastikan baki kad Touch ‘n Go atau eWallet RFID mencukupi sebelum memulakan perjalanan kerana perkhidmatan tambah nilai di lorong tol ditutup jika trafik mulai padat,” katanya.
Katanya, pengguna boleh menambah nilai atau membeli kad itu di Pusat Khidmat Pelanggan di Plaza Tol Gombak, Bentong, Karak, Temerloh dan Kuantan atau di kios layan diri di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Genting Sempah, Temerloh dan Plaza Tol Gambang.
— BERNAMA
[ad_2]
More Stories
UPKO Kota Marudu Fokus Persiapan PRN17, Mesyuarat Tritahunan Ditangguh
588 mangsa masih berlindung di 3 PPS di Beaufort
Beberapa daerah di Sabah dilanda hujan lebat petang ini