Awas, ada yang pok silap mengaku agen menjual vaksin Covid-19 online

Menteri kanan (keselamatan) Ismail Sabri Yaakob memberi amaran kepada pihak yang mengaku sebagai agen vaksin Covid-19, berikutan laporan mengenai vaksin yang dijual dalam talian.

Katanya, hanya kementerian sains, teknologi dan inovasi (Mosti) dan kementerian kesihatan yang diberi kuasa untuk menguruskan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

“Saya harap rakyat tidak mudah tertipu dengan mereka yang mendakwa ditugaskan untuk memberikan vaksin. Jangan terpengaruh dengan tawaran dari pihak lain,” katanya semasa sidang media hari ini.

“Ramai orang cuba mengambil kesempatan, ada yang sudah mendekati orang ramai dan mengaku sebagai agen vaksin.”

Katanya, orang ramai boleh melaporkan perkara itu kepada salah satu kementerian.

Bercakap mengenai tangkapan, semalam, PDRM turut menahan 499 individu atas kesalahan ingkar SOP.

Daripada jumlah itu, 492 telah dikompaun manakala empat individu direman dan tiga dijamin.

Antara kesalahan ingkar SOP termasuk:

Aktiviti pusat hiburan (134); Gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri/pelanggan (86); Tidak memakai pelitup muka (62); Tiada penjarakan fizikal (58); Premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (28); Rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (27) dan Lain-lain (104).

Katanya, Op Benteng semalam telah berjaya menahan 12 orang PATI serta merampas enam buah kenderaan darat dalam operasi yang diadakan di seluruh negara.

Dalam operasi itu juga, 139 buah bot/kapal turut dikesan di perairan negara.