Penampang : Beberapa jalan utama di daerah ini dilaporkan tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan berikutan banjir yang melanda sejak petang semalam.
Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, antara jalan yang tidak dapat dilalui adalah di Jalan Kota Kinabalu-Keningau-Tenom, Jalan Limbanak dan Jalan Pukakon-Pomotodon di Penampang.
Kejadian tanah runtuh turut dilaporkan berlaku di Jalan Kota Kinabalu – Keningau-Tenom yang terletak berhampiran Kampung Timpoluon dalam daerah Penampang.

Difahamkan jalan terputus dan tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan dan pihak konsesi juga tidak dapat melaksanakan kerja akibat jalan masih banjir setakat ini.
Sementara itu, di beberapa kawasan sekitar Sipitang turut dilaporkan berlaku banjir kilat antaranya di Jalan Kota Kinabalu-Sindumin, kawasan pekan Sipitang dan Pasar Awam Sipitang. –SABAH MEDIA

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ