Banjir Kinabatangan : Mangsa terjejas terus meningkat kepada 147 orang

Kinabatangan: Mangsa terjejas banjir dari empat kampung yang berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Garam di sini meningkat kepada 147 orang melibatkan 31 keluarga setakat jam 4 petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan jumlah itu menunjukkan sedikit peningkatan berbanding hanya 138 orang yang direkodkan jam 12 tengah hari tadi.

β€œIa melibatkan 39 lelaki dan 38 perempuan dewasa serta 34 kanak-kanak lelaki dan 36 kanak-kanak perempuan,” menurut kenyataan itu di sini.

Pada 2 April lalu, Kinabatangan diisytihar sebagai kawasan bencana banjir berikutan hujan berterusan dan kenaikan paras air sungai ke tahap bahaya.

Beberapa buah kampung di daerah yang terletak kira-kira 306 kilometer dari Kota Kinabalu itu, terjejas banjir dan sebuah PPS dibuka iaitu di SK Bukit Garam yang beroperasi sejak 6 petang Rabu. – SABAH MEDIA