[ad_1]
Pengerusinya, Datuk Sazmi Miah berkata, pengekalan bayaran bantuan itu bagi meringankan beban perbelanjaan peneroka di RKT itu yang terbabit dengan projek tanam semula ladang mereka sehingga mengeluarkan hasil sepenuhnya.
Beliau berkata, setakat ini pihaknya belum bercadang untuk menghentikan bantuan sara hidup itu berikutan purata peneroka masih mengharapkan kepada bantuan berkenaan untuk segala perbelanjaan keluarga.
Bagaimanapun, kata beliau, hanya permintaan peneroka supaya bantuan sara hidup itu ditambah RM500 lagi kepada RM1,500 sebulan belum dapat ditunai berikutan keadaan kewangan negara.
“Kita menafikan dakwaan bantuan sara hidup itu dihentikan kerana kita amat memahami situasi masa kini dihadapi peneroka terbabit,” katanya kepada media selepas Majlis Amanat KESEDAR tahun 2019 di Pusat Sivik di sini, hari ini.
Sazmi berkata, situasi sekarang bukan sahaja rakyat dan peneroka di rancangan tanah agensi kerajaan itu berdepan dengan tekanan hidup kerana harga barang keperluan naik, tetapi kerajaan juga menanggung hutang yang banyak.
…..
[ad_2]

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad