SANDAKAN: Seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan terkunci di dalam sebuah kenderaan jenis sedan di hadapan sebuah apartment di sini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan Severinus@Mohd Nidzam Sainkui berkata, bayi terbabit bagaimanapun berjaya dikeluarkan hasil tindakan pantas pihak bomba.
Katanya, sepasukan anggota segera ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 6.52 pagi.
“Semasa ketibaan pihak bomba di lokasi, terdapat seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan terkunci dalam sebuah kenderaan jenis sedan.
“Pasukan bomba bertindak membuka pintu kereta terkunci menggunakan peralatan khas dan mangsa berjaya diselamatkan dan dikeluarkan dari kenderaan terbabit,” katanya.
Beliau berkata mangsa diserahkan kepada ahli keluarga.
- “Selepas memastikan tiada lagi bahaya lain yang wujud operasi ditamatkan jam 7.06 pagi,” katanya
More Stories
Kristjan Chapman, Hasnita Asis rangkul kejuaraan maraton 42KM BIM 2025
Sebarang keputusan berhubung PRN akan dirujuk AMT GRS – Hajiji
Kes HFMD di seluruh negara meningkat 266 peratus – KKM