BEKAS ADUN KUAMUT, DATUK JOSEPH SITIN MENINGGAL DUNIA

KOTA KINABALU: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Joseph Sitin Saang meninggal dunia hari ini.

Perkara itu dinyatakan oleh anaknya Felix Joseph dalam hantaran facebook peribadinya.

Dalam hantaran itu Felix memaklumkan bapanya telah mengalami sakit tenat injap jantung dan buah pinggang sejak dua bulan yang lalu.

“Bapa yang kami kasihi, Datuk Joseph Sitin Saang, telah kembali kepada Bapa Syurgawi pada jam 8:55 pagi 24 Januari 2021 (Ahad).

“Mendiang bapa kami berada di Fook Lu Siew (2nd floor, VIP Room) buat masa ini.

“Terima kasih kepada semua ahli keluarga dan sahabat handai yang telah mendoakan bapa kami,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *