Bekas Ketua Penerangan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Albert Bingkasan meninggal dunia hari ini.
Perkara itu disahkan oleh abangnya Joseph Bingkasan, pagi tadi.
Menurut Joseph, adiknya meninggal dunia kira-kira pukul 5.20 subuh di kediamannya di Taman Bandar Sierra, Manggatal.
“Albert dibenarkan keluar dari Hospital Queen Elizabeth pada 26 Jan selepas mengalami beberapa jenis sakit.
“Dia ok semalam. Pagi tadi pengsan semasa di tandas. Dia menghembuskan nafas terakhir dikelilingi isteri, tiga anak perempuan dan seorang anak lelaki,” katanya ketika dihubungi Jesselton Times.
Albert adalah seorang wartawan dengan akhbar berpangkalan di Sabah, Borneo Mail pada akhir 80-an sebelum menjadi ahli politik sepenuh masa.
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pegawai Tugas-tugas Khas (Parlimen) kepada Tan Sri Bernard Dompok, serta Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) dan Setiusaha Politik (SUPOL) kepada Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.
Meninggal dunia pada usia 58 tahun, pengebumiannya dijangka diadakan Ahad ini di tanah perkuburan Keluarga Bingkasan di Kampung Talimakas Kionsom, Inanam.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ