BEKAS PELAJAR SMK KOTA MARUDU AKAN BERTEMU SELEPAS 40 TAHUN.

AJK Penganjur dari kiri Aidah, Dayang, Hajjah Rosmih, Kelly, Christina, Denson dan Benjohn (belakang) mengalu alukan kehadiran..

Oleh:  Aissac Bjsim

KOTA MARUDU: Bekas pelajar SMK Kota Marudu tahun 1977-1981 bakal bertemu dalam satu reunion yang akan diadakan pada 30 November depan.

Pelajar 1977 sekolah berkenaan yang juga pengerusi penganjur, Denson Saidi berkata,  jawatankuasa  pelaksana telah menghantar jemputan kepada dua orang bekas guru yang  pernah mengajar disekolah berkenaan sekitar tahun 1977 hingga 1981.

“Selain dua guru berkenaan, kami juga telah menjemput antara lain Cikgu Yaakob Mamat, Cikgu  Minhat Azam dari Melaka,   Cikgu Lim Su Yang, Cikgu Jidin Janaun dari Kota Marudu. Mereka sudahpun mengesahkan kehadiran mereka. Selain itu Cikgu  Azmin Saidin serta Cikgu Eveline Mark  (HEM) dari SMK Kota Marudu akan mewakili tuan pengetua.

“Reunion ini bertujuan untuk  mempertemukan semula bekas pelajar era  berkenaan  dengan mantan guru-guru mereka  dan manakala  ada sudah di antara rakan-rakan pelajar seangkatan  1977-81 yang sudah bersara sementara yang lain masih bekerja,” katanya.

Denson yang kini memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah di salah sebuah jabatan kerajaan di Kota Kinabalu   mengharapkan agar  kehadiran bekas pelajar era tahun 77-81 pada majlis   tersebut akan memeriahkan lagi suasana pertemuan  selain dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara satu sama lain.

Denson berkata demikian kepada wakil BS selepas mesyuarat AJK pelaksana pertemuan itu pada Ahad lalu.

Sebarang pertanyaan  lanjut berhubung dengan program  ini boleh berhubung terus kepada  Pengerusi  Reunion Umbadi Polot  ditalian 016-8101588, Setiausaha Benjohn Simbaku 016-9292432, atau Puan Hajjah.Rosmih Jamari 019-832 324.