KUNAK: Masyarakat di kawasan pantai timur Sabah perlu memberi kerjasama sepenuhnya termasuk melaporkan sebarang kejadian jenayah di sini termasuklah kes bom ikan, penyeludupan barang kawalan dan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI).
Ketua Pegawai Eksekutif Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Noor Alam Khan A. Wahid Khan berkata kesemua kes-kes jenayah berkenaan perlu ditangani secara bersama kerana ianya akan memberi kesan kepada kehidupan harian kita.
“Sebagai contohnya, insiden bom ikan yang berlaku di daerah semporna tempoh hari, turut mengorbankan nyawa invdividu-individu lain yang tidak berdosa”, katanya di sini ketika berucap merasmikan program pertemuan dan dialog ESSCOM bersama komuniti nelayan, di sini hari ini.
Beliau berkata kita tidak boleh hidup macam zaman dulu-dulu lagi, tidak peduli apa yang berlaku di persekitaran kita.
“Semua pihak perlu berganding bahu memainkan peranan masing-masing termasuk menjadi ‘mata dan telinga’ pihak keselamatan.
“Pihak keselamatan tidak boleh berada di semua tempat dalam satu-satu masa. Sebab itu, masyarakat perlu membantu melaporkan sebarang kejadian jenayah yang berlaku di sekeliling kita supaya masalah berkenaan dapat ditangani dengan lebih berkesan lagi”, katanya.
Turut hadir Ketua Staf Operasi Laut ESSCOM Laksamana Pertama (M) Hamid Mohd Amin, Penolong Pegawai Daerah Mohamad Abdillah, UPPM Kunak Bahari Lakile dan Ketua Daerah Hj. Sharif Shamsuddin Sharif Sagap.
Noor Alam Khan berkata tugas menjaga keselamatan pantai timur Sabah bukanlah satu tugas yang mudah. Ia memerlukan kerjasama dan tindakan kolektif semua pihak termasuk daripada komuniti nelayan di daerah ini.
Mengulas mengenai lanjut mengenai pencapai ESSCOM sepanjang 6 tahun penubuhannya, beliau berkata kejayaan ini adalah hasil kerjasama dan sokongan semua pihak termasuk daripada agensi-agensi kerajaan yang lain serta dokongan daripada seluruh masyarakat di pantai timur Sabah.
“Semangat kerjasama antara pihak penguatkuasa dengan masyarakat perlu diteruskan sampai bila-bila, bantulah agensi penguatkuasa yang lain dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ