[ad_1]
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) — Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 yang dimansuhkan pada 1992 perlu dikembalikan dalam usaha mempertingkatkan kuasa autonomi Parlimen, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerja Reformasi Dewan Negara Senator Mohd Yusmadi Mohd Yusoff.
Katanya, akta itu penting kerana menjadi asas kepada agenda reformasi Dewan Negara yang menggariskan pengasingan kuasa antara Parlimen dan bidang kuasa lain.
“Melalui akta ini juga, aspek kewangan Parlimen dapat diurus sendiri secara bebas kerana Parlimen mengetahui kepentingan (perbelanjaan) yang diperlukan. Sekiranya akta ini diperkenalkan semula, ia memberi asas kepada pengasingan kuasa yang baik seperti yang pernah diamalkan dahulu,” katanya pada sidang media sempena Sidang Meja Bulat Reformasi Dewan Negara di bangunan Parlimen, hari ini.
…..
[ad_2]

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ