[ad_1]
“Pada perayaan Tahun Baharu Cina ini, marilah kita mengukuhkan talian kekeluargaan dan menghargai orang yang tersayang,” katanya.
Dr Wan Azizah, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata kepentingan nilai-nilai itu perlu ditanam ke dalam sanubari anak muda kerana ia penting bagi membentuk masyarakat Malaysia yang penyayang.
“Hormati, sanjungi dan jagalah mereka yang lebih tua. Belajar daripada kebijaksanaan mereka dan jangan mengabaikan mereka,” katanya.
Dr Wan Azizah berkata golongan itu pernah menjaga serta mendidik di mana jasa dan kasih sayang yang telah mereka curahkan tidak mampu dibalas.
“Ingatlah, satu hari nanti, kita juga akan memerlukan orang lain untuk menjaga kita. Warga tua bukanlah satu beban tetapi hadiah tidak ternilai yang mesti dihargai,” katanya.
Dr Wan Azizah berkata apa yang paling penting mengenai sambutan Tahun Baharu Cina ialah ia melambangkan rasa hormat menghormati ibu bapa, mereka yang lebih tua dan peluang untuk keluarga meluangkan masa bersama.
— BERNAMA
[ad_2]
More Stories
Kebakaran dapur di Kedai Lama Papar hasil tindakan pantas Bomba
Labuan dikenal pasti sebagai hab global industri tuna – Zaliha
JANS digesa peka aduan gangguan bekalan, masalah tekanan air rendah