[ad_1]
“Vaksin yang dihasilkan di negara ini bukan vaksin yang haram dan ia telah diluluskan. Jadi tidak timbul isu (haram) itu semua.
“Mereka yang membawa kepada perdebatan ini seharusnya berhenti berbuat demikian kerana ia akan menjejaskan ketahanan anak-anak itu apabila mereka dewasa nanti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis jamuan muhibbah Tahun Baharu Cina anjuran Persatuan Cina Muslim Malaysia di Subang Jaya hari ini.
Beliau berkata suntikan tersebut adalah wajib untuk semua orang dan kementeriannya juga telah berbincang dengan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tentang vaksin yang dihasilkan di Malaysia.
Mujahid berkata jabatannya jelas berpandukan fatwa yang ada iaitu hukum mengambil suntikan adalah harus dan boleh menjadi wajib jika kesihatan kanak-kanak berkenaan terjejas sekiranya tidak mengambil suntikan.
— BERNAMA
[ad_2]

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ