[ad_1]
Pengarahnya Ruhisya Haris berkata musim panas di Perlis dari Febuari sehingga Mei ini dijangka sedikit ekstrem kerana fenomena El-Nino dan boleh mencetuskan kebakaran.
“Dari Januari hingga 18 Feb lepas sahaja, kami menerima 148 panggilan kecemasan untuk memadam kebakaran terbuka seperti belukar, jerami padi dan kebun getah. Jumlah kebakaran meningkat sedikit berbanding tahun sebelumnya, ” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Ruhisya yang ditemui di pejabatnya berkata semasa musim panas, turut berlaku angin kencang yang membolehkan api cepat marak dan merebak dengan pantas.
JBPM Perlis mengehadkan cuti anggotanya yang terlibat dengan operasi sepanjang musim kemarau sekarang.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perlis, Azman Shah Ismail berkata jabatan itu sentiasa membuat pemantauan di seluruh negeri untuk mengesan pembakaran terbuka.
Sambil mengingatkan orang ramai yang membuat pembakaran terbuka boleh dikenakan tindakan termasuk kompaun, beliau berkata petani yang mendapat kebenaran kerajaan sahaja dibenarkan membakar jerami padi secara terbuka tetapi ia hanya boleh dilakukan di kawasan yang tidak mengganggu penduduk.
Azman berkata JAS Perlis merekodkan satu aduan pembakaran terbuka dan mengeluarkan tiga kompaun berjumlah RM6,000 kerana melakukan kesalahan di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang diisytiharkan) Pembakaran Terbuka 2003 untuk tahun ini.
— BERNAMA
[ad_2]
More Stories
Kebakaran dapur di Kedai Lama Papar hasil tindakan pantas Bomba
Labuan dikenal pasti sebagai hab global industri tuna – Zaliha
JANS digesa peka aduan gangguan bekalan, masalah tekanan air rendah