BERNAMA.com – Kebakaran tahfiz: Mangsa meninggal dunia sebelum terbakar disambar api

[ad_1]

KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) — Mahkamah Tinggi di sini yang mendengar perbicaraan kes dua remaja yang didakwa membunuh 23 penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, diberitahu bahawa mangsa dalam tragedi menyayat hati itu telah meninggal dunia sebelum terbakar disambar api kerana lemas terhidu asap kebakaran.

Pakar Patologi Forensik Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Siew Sheue Feng berkata mangsa didapati telah terhidu asap daripada api kebakaran yang menyebabkan mereka lemas dan mati sebelum terbakar.

“Terdapat jelaga pada saluran pernafasan mangsa-mangsa yang menunjukkan mereka terhidu asap kebakaran,” katanya ketika pemeriksaan utama Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur Othman Abdullah pada perbicaraan kes itu di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah, hari ini.
…..



[ad_2]