BERNAMA.com – Kekerapan tren LRT antara Gombak

[ad_1]

PETALING JAYA, 31 Dis (Bernama) — Kumpulan Prasarana akan menambah kekerapan tren di laluan Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya antara stesen Gombak dan Ara Damansara bagi menampung permintaan tinggi di waktu puncak bermula 2 Januari ini.

Ketua Pegawai Operasi Rapid Rail Khairani Mohamed berkata penambahan kekerapan tren berkenaan akan dilakukan bermula pukul 7.30 pagi hingga 9 pagi setiap Isnin hingga Jumaat.

“Penambahan kekerapan akan dilakukan melalui sistem ‘two loops’ di mana setiap tren ketiga daripada stesen Gombak tidak akan meneruskan perjalanan sehingga ke Putra Heights, sebaliknya akan melakukan pusingan kembali ke stesen Gombak dari Ara Damansara,” katanya dalam sidang media mengumumkan penambahan kekerapan itu, di sini, hari ini.
…..



[ad_2]