[ad_1]
Beliau berkata dalam keadaan ekonomi yang mencabar kerajaan mengambil beberapa langkah untuk mengurangkan perbelanjaan berikutan kekangan kewangan yang terbatas.
“Perkhidmatan Awam negeri ini mempunyai kira-kira 21,000 pejawat awam dan sekiranya ada keperluan untuk menambah pejawat awam di jabatan tertentu kita akan mengisi kekosongan berkenaan dengan mengambil pekerja di jabatan atau unit tertentu yang mempunyai lebihan pekerja,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Isnin Aliasnih (Bersatu-Klias) yang bertanya apakah langkah yang diambil oleh kerajaan kepada pejawat awam negeri sekiranya berlaku krisis ekonomi.
Mohd Shafie berkata kerajaan sentiasa mengamalkan perbelanjaan berhemat, cekap dan berhati-hati dalam pengurusan kewangan dan pentadbiran negeri.
“Perkara ini termasuk dalam mengoptimakan Inisiatif Kawalan Saiz Perkhidmatan Awam Negeri yang telah dilaksanakan sejak tahun 1998 selaras dengan Pekeliling Kementerian Kewangan Sabah Billangan 3/1998 mengenai pembekuan pewujudan dan pengisian jawatan dalam perkhidmatan awam negeri dan badan berkanun.
“Sehubungan itu semua pegawai pengawal hendaklan mengambil beberapa langkah termasuk memastikan peningkatan produktiviti dan inovasi yang berterusan, mengawal pertambahan perjawatan dalam perkhidmatan awam dan memastikan saiz perkhidmatan selaras dengan fungsi, skop tanggungjawab semasa agensi-agensi berkenaan.
“Selain itu pengisian kekosongan jawatan perlu diselaraskan dengan perancangan strategik tenaga kerja anggota perkhidmatan awam dan berasaskan pertumbuhan minima perbelanjaan emolumen yang mana tidak melebihi 5 peratus setahun,” katanya.
Mohd Shafie yang juga Menteri Kewangan Sabah berkata berikutan dengan pelaksanaan inisiatif berkenaan dalam tempoh lima tahun iaitu dari 2015 hingga 2019 sebanyak 6.48 peratus penurunan pengisian jawatan dalam pelbagai gred jawatan.
Bagaimanapun, beliau berkata kawalan pengisian jawatan kosong tersebut akan hanya dibenarkan bagi jawatan kritikal dan jawatan yang boleh menjana hasil untuk kerajaan negeri.
Sementara itu, beliau berkata kerajaan kini akan memberi keutamaan kepada pejawat awam kontrak yang sudah lama berkhidmat dalam jabatan atau agensi tertentu untuk diserapkan dalam jawatan tetap sekiranya ada kekosongan.
“Sebelum ini ada kekosongan jawatan dalam agensi tertentu dan ia akan diisi oleh pekerja baharu. Namun kini kita akan mengutamakan pekerja kontrak berkenaan kerana apa yang penting bagi kita adalah pengalaman bagi memastikan kecekapan dapat dipertingkatkan,” katanya
— BERNAMA
[ad_2]
More Stories
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu
MA63: 9 tuntutan asas selesai sepenuhnya
PADU: Kebimbangan M40 bujang perlu diperhalusi – Pakar