[ad_1]
Beliau berkata kes berkenaan meningkat sebanyak 25 peratus berbanding 174 kes yang melibatkan jumlah kerugian RM1.6 juta, bagi tempoh sama, tahun lepas.
Katanya, bagi kes pinjaman tidak wujud, ia melibatkan sebanyak 80 kes membabitkan nilai kerugian RM651,218; penipuan menerusi panggilan telefon (41 kes dan kerugian RM660,707), penipuan pembelian dalam talian (66 kes dan kerugian RM224,180) serta “love scam” (30 kes dan kerugian RM974,420).
“Berbanding tempoh sama pada tahun lalu, pinjaman tidak wujud berjumlah 42 kes dengan jumlah kerugian RM 360,323; 49 kes penipuan menerusi panggilan telefon kerugian berjumlah RM1 juta; 69 kes penipuan pembelian dalam talian iaitu RM144,919 dan 14 kes ‘love scam’ dengan kerugian RM161,492,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Aidee berkata peningkatan kes penipuan dalam talian berpunca daripada kesedaran orang awam yang tinggi dengan melaporkan kes-kes penipuan berkenaan kepada polis.
Beliau juga menasihatkan masyarakat supaya membuat laporan sekiranya akaun bank mereka digunakan pihak tertentu bagi tujuan aktiviti atau kegiatan jenayah tersebut.
Polis dalam pada itu katanya sedang memburu 175 suspek penipuan dalam talian bagi membantu sisatan melibatkan kes pinjaman tidak wujud, penipuan menerusi panggilan telefon, penipuan pembelian dalam talian dan “love scam” sepanjang 2016 sehingga 2018.
— BERNAMA
[ad_2]
More Stories
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu
MA63: 9 tuntutan asas selesai sepenuhnya
PADU: Kebimbangan M40 bujang perlu diperhalusi – Pakar