BERNAMA.com – Kerajaan akan jumpa peniaga Jalan TAR minggu hadapan

[ad_1]

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) – Satu perjumpaan dengan peniaga sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR) akan diadakan minggu hadapan susulan pengumuman kerajaan menutup jalan itu kepada kenderaan persendirian bermula 15 Mac hadapan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad akan turut sama dalam perjumpaan itu, bagi mendapatkan maklumat balas mereka.

“Kita mengambil kira (pendapat) semua. Apa-apa pun (keputusan akhir) kita tunggu perjumpaan dengan Menteri Wilayah Persekutuan Khalid dan YB (anggota Parlimen) terlibat,” katanya ketika mengulas mengenai peniaga yang tidak bersetuju dengan keputusan itu.
…..



[ad_2]