[ad_1]
LONDON, 7 Dis (Bernama)
Apabila kerajaan Pakatan Harapan berjaya melaksanakan pemulihan ke atas negara ini, yang menjadi keutamaan nombor satu, pembaharuan itu kelak hendaklah memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Timbalan Perdana Menteri berkata, institusi dan struktur yang dikendalikan oleh kerajaan akan membawa negara ini menuju pemulihan dan kerajaan akan menguruskan Malaysia bagi pihak semua rakyat Malaysia dan bukan hanya untuk kumpulan elit tertentu.
“Faedah berkenaan perlu dikongsi secara sama rata untuk semua rakyat Malaysia untuk membesar dan memenuhi potensi sepenuh mereka. Tahun 2019 dan seterusnya hendaklah menjadi tahun pemulihan untuk ramai dan bukan segelintir. Keterangkuman adalah kewajaran kerajaan ini dan kita serius untuk menyerahkannya kembali kepada semua rakyat Malaysia, ” katanya pada jamuan malam diaspora rakyat Malaysia di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sini malam Khamis.
Timbalan Perdana Menteri, yang dalam lawatan rasmi ke United Kingdom sejak Rabu, berkata rakyat Malaysia di luar negara bukan sahaja mempunyai peranan untuk mewujudkan imej baik tetapi juga mempunyai peranan penting dalam membina semula Malaysia memandangkan masa hadapan negara ini bergantung kepada rakyat dan pilihan yang mereka buat.
“Ia menjadi urusan anda untuk laksanakan pemulihan terhadap peraturan undang-undang, kerajaan yang baik, integriti dan kecekapan bahagian pentadbiran. Ia tanggungjawab anda untuk membantu bagi perlindungan hak asasi manusia. Ini adalah tempat anda untuk suarakan pendapat dan menuntut kepada kualiti kehidupan yang lebih baik, alam sekitar, bandaraya dan peluang bagi semua rakyat Malaysia. Jadikanlah diri anda hero bagi sejarah Malaysia untuk tahun-tahun mendatang, ” katanya.
Wanita pertama Malaysia yang memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri itu berkata, negara memerlukan bukan sahaja sebuah ekonomi yang kukuh tetapi juga sebuah komuniti yang kuat yang komited bagi memastikan semua rakyat Malaysia memperoleh permulaan yang baik dan adil dalam kehidupan, dengan memiliki rumah, penjagaan kesihatan, pendidikan, keseimbangan dalam kehidupan pekerjaan, maruah dan keselamatan.
Dr Wan Azizah berkata, kerajaan yang berusia tujuh bulan ini tidak boleh membuat perubahan secara sendirian dan semua rakyat Malaysia perlu memberi peluang kepada kerajaan yang dibina daripada gabungan harapan pada Mei 2018, untuk membuktikannya.
“Apa jua kesangsian dan kemarahan anda yang lepas, saya harap mereka akan kuburkan agar kita boleh bekerjasama dan menjadikan Malaysia lebih baik, gembira dan selamat Saya bersedia memberi khidmat untuk kepentingan jangka masa panjang Malaysia mendahului populariti, saya menggesa anda semua untuk menyertai saya menempuhi perjalanan ini.
“Kami mahu membina sebuah negara Malaysia yang maju, bersatu dan bersepadu untuk semua rakyat Malaysia. Dalam pemulihan ini, yang akan kami jadikan sebagai pembimbing dalam perjalanan ini datangnya daripada kata-kata yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. ” katanya.
— BERNAMA
[ad_2]

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad