[ad_1]
Beliau berkata, ini dapat dilihat apabila internet kini memain peranan dalam menukar corak pelbagai bidang penting seperti pendidikan, ekonomi dan perubatan ke arah sesuatu yang dapat memperkasa rakyat serta penduduk dunia secara global.
Justeru, katanya, projek perintis Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) di sini adalah langkah pertama Kementerian Komunikasi dan Multimedia bagi menghubungkan rakyat seluruh negara dengan memberikan perkhidmatan jalur lebar kelajuan dan kualiti tinggi.
“Kita ada banyak kerja yang perlu dibuat, and we have a lot of catching up to do, i’m very committed to ensure we achieve in months to come (saya amat komited bagi memastikan kita mencapainya dalam beberapa bulan akan datang), kalau kita boleh hubungkan seluruh rakyat Malaysia melalui internet saya yakin kita boleh empower our people (memperkasakan masyarakat kita),” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Terdahulu beliau melancarkan projek perantis NFCP di sini yang turut dihadiri Exco Komunikasi, Multimedia, Pembangunan Belia dan Sukan Melaka Kerk Chee Yee, Pengerusi Tenaga Nasional Bhd (TNB) Tan Sri Leo Moggie, Pengerusi Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Al-Ishsal Ishak, dan Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Azman Ujang.
Pelaksanaan NFCP, yang menggabungkan penggunaan gentian optik dan kesalinghubungan tanpa wayar, menyasarkan pencapaian garis dasar 98 peratus liputan jalur lebar di kawasan berpenghuni menjelang 2023, dengan kelajuan jalur lebar minimum pada kadar 30 Mbps.
Peranan utama untuk menjayakan pelan itu diamanahkan kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang diteraju Gobind, yang ingin melihat kesalinghubungan Internet di Malaysia dapat dinikmati setiap orang di mana sahaja dan pada bila-bila masa.
Projek perintis NFCP dilaksana TNB di tiga kawasan Jasin iaitu Felda Tun Ghafar Kemendor, Taman Merbau dan Taman Maju di sini.
Gobind berkata walaupun kerajaan melalui kementeriannya telah menetapkan polisi menyediakan perkhidmatan jalur lebar kelajuan dan kualiti tinggi melalui NFCP dengan harga berpatutan kepada rakyat, syarikat telekomunikasi juga perlu memain peranan dalam merealisasi hasrat ini.
“Kita dalam peringkat perbincangan (dengan syarikat telekomunikasi) kepada saya mereka ini perlu main peranan build this system together (bina sistem ini bersama-sama), mereka ini pihak-pihak yang berpengetahuan dan berpengalaman. Saya minta mereka berbincang dan kongsi pengalaman,” katanya.
Gobind berkata, antara masalah dihadapi untuk menyebar akses internet jalur lebar berkelajuan tinggi untuk rakyat ialah pembangunan infrastruktur dan diharap projek perintis NFCP itu membolehkan pihak terlibat melihat pembangunan infrastruktur serta penyediaan perkhidmatan dengan kos lebih rendah.
“Kita ada banyak tempat seluruh Malaysia yang masih tiada infrastruktur (internet jalur lebar berkelajuan tinggi) soalnya bagaimana kita hendak hubungkan tempat ini dalam masa cepat dan guna kaedah kurang daripada segi kosnya. Kita telah minta kerjasama TNB,” katanya.
Ditanya bila projek perintis NFCP ini akan dilancarkan menjadi sebuah projek penuh ke seluruh negara, beliau berkata kerajaan sememangnya mahu meluaskan projek ini ke seluruh negara secepat mungkin, namun rakyat perlu faham bahawa ini adalah projek dilaksana TNB dan keputusan itu perlu dibuat pengurusan TNB.
“Of course for me I want it to be done as soon as possible but we have to respect the fact that decision had to be made and discussion had to be held, this will take some time (Sudah tentu bagi saya mahu ia dilakukan secepat mungkin tetapi kita perlu menghormati bahawa keputusan perlu dibuat dan perbincangan perlu diadakan, ini akan memakan masa). Berkenaan adakah harga pakej langganan itu dapat diturunkan atau tidak kita kena selesaikan untuk expand infrastruktur dahulu,” katanya.
Beliau berkata internet adalah sebuah keperluan asas yang perlu diberikan kepada semua rakyat pada masa ini dan bukan hak keistimewaan golongan tertentu sahaja, justeru telah menjadi hasrat kerajaan untuk memastikan seluruh rakyat dapat menikmati internet jalur lebar dengan kelajuan tinggi.
— BERNAMA
[ad_2]
More Stories
KUSKOP salur RM346.28 juta pembiayaan PMKS dan koperasi di Negeri Sembilan pada tahun 2024
Maritim Malaysia tahan dua bot tunda nelayan lakukan aktiviti tarik pukat tunda
Agensi di bawah KUSKOP bantu usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak