[ad_1]
Menurutnya KPLB akan menggunakan dron di kawasan projek secara menyeluruh tahun ini kerana teknologi itu dapat memberikan maklumat lebih tepat.
“Pada peringkat awal, KPLB merancang menggunakan dron di 28 daerah termiskin di seluruh negara yang dipilih untuk dilaksanakan projek pembangunan sosioekonomi,” katanya kepada media selepas meninjau teknologi dron syarikat Haas Solutions Sdn Bhd di sini, hari ini.
Rina berkata penggunaan dron selaras dengan revolusi Industri 4.0 selain boleh meliputi kawasan berpuluh kilometer di samping digunakan untuk membuat kajian pelaksanaan sesuatu infrastruktur.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Haas Solutions Sdn Bhd, Prof Dr Hazry Desa berkata syarikat itu yang dibangunkan bersama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mereka model dron selain turut menyediakan perkhidmatan untuk membaik pulih dron kepada orang ramai.
Beliau berkata pihaknya akan bekerjasama dengan KPLB agar penggunaan teknologi dron dapat diperluaskan.
— BERNAMA
[ad_2]

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad