[ad_1]
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu, yang melakar sejarah apabila mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kali kedua pada 10 Mei lepas susulan kemenangan PH pada Pilihan Raya Umum ke-14, berkata selagi ada hayat, beliau akan terus cuba memperbetulkan keadaan dalam negara.
Beliau menegaskan khidmatnya untuk negara bukan kerana duit, sebaliknya kerana sayang kepada negara.
“Ini negara kita, kita dilahir di sini, dibesar di sini, berkahwin di sini, dapat anak di sini dan anak kita dapat banyak manfaat daripada negara ini.
“Tak sayangkah kita kepada negara kita ini” katanya di hadapan ribuan pengundi Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands di Sungai Koyan, dekat sini, hari ini.
Turut hadir Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden Parti Amanah Mohamad Sabu dan calon PH bagi PRK berkenaan M Manogaran.
Dr Mahathir pertama kali dilantik menjadi perdana menteri keempat pada 1981 sewaktu berumur 56 tahun sebelum meletakkan jawatan pada 2003, setelah menerajui tampuk pimpinan negara selama 22 tahun.
Berumur 93 tahun, Dr Mahathir turut mencipta sejarah apabila menjadi perdana menteri tertua di dunia dengan kembali ke Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya setelah 15 tahun meletakkan jawatan pada 2003.
— BERNAMA
[ad_2]
More Stories
UPKO Kota Marudu Fokus Persiapan PRN17, Mesyuarat Tritahunan Ditangguh
588 mangsa masih berlindung di 3 PPS di Beaufort
Beberapa daerah di Sabah dilanda hujan lebat petang ini