[ad_1]
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) — Perbuatan mengintai dan menghendap bakal menjadi satu kesalahan dan rang undang-undang (RUU) mengenainya dijangka akan dibentang di Parlimen Julai ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong.
Beliau berkata dokumen-dokumen penting berkaitan RUU berkenaan telah diserahkan kepadanya untuk diteliti, seterusnya dibawa kepada Jabatan Peguam Negara untuk semakan, sebelum dibentang kepada Jemaah Menteri untuk persetujuan dan kelulusan.
“Saya kini sedang meneliti draf rang undang-undang tersebut yang telah siap. Ia boleh dibentang dengan cepat jika ada kesungguhan, saya menjangka pada tahun ini juga. Untuk sesi persidangan (Parlimen) bulan Mac mungkin tidak sempat kerana terlalu suntuk, tapi kita melihat kemungkinan bulan Julai dan Oktober.
“Ia boleh dibuat cepat sekiranya semua kertas berkaitan telah siap. Ini adalah rang undang-undang mengenai ‘stalking’, mengintai dan menghendap,“ katanya kepada wartawan di luar persidangan Rantau Asia “Kepimpinan Politik Wanita : Mewujudkan Perubahan Positif” di bangunan Parlimen hari ini.
…..
[ad_2]
More Stories
Polis Tawau rampas dadah jenis syabu 2.43kg bernilai RM87,000
‘Berubahlah, makin tua sudah’ – nasihat hakim kepada pesalah tegar dadah
Tun Ahmadshah Abdullah meninggal dunia