BERNAMA.com – Perak kaji kenaikan tarif air

[ad_1]

IPOH, 9 Jan (Bernama) — Kerajaan negeri masih belum memutuskan untuk menaikkan kadar tarif air dan perkara itu masih dalam peringkat kajian, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Beliau berkata sekiranya berlaku kenaikkan kadar tarif air di negeri ini, kerajaan negeri akan memastikan ia tidak membebankan golongan yang memerlukan.

“Keputusan untuk menaikkan taraf air ini nanti akhirnya akan kita buat melalui keputusan kerajaan negeri dan kita akan pertimbangkan perkara ini sebelum ia dilaksanakan.

“Kita mencari keseimbangan yang baik (kadar tarif air)..,kita nak keseimbangan supaya industri kita masih dapat menarik pelabur untuk datang, pengguna domestik tak terbeban dengan kenaikan, sekolah, masjid perlu dikategorikan dengan betul,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.
…..



[ad_2]